Sejarah
Perkembangan Komputer
Sejarah perkembangan komputer telah berkembang sejak 6 dekad
yang lalu..Sejarah perkembangan komputer ni boleh dibahagikan
kepada 4 Generasi…Ia bermula dengan
–>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan.
–>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan.
–>1600
- John Napier telah menemui alogaritma dimana ia langkah pertama dilakukan oleh
bangsa eropah dan menghasilkan jadual log pertama [Log Tables] pada
tahun 1614.
–>1620
- Robert Bissaker telah mencipta mistar gelongsor [Slide Rule], pengguna
boleh mengira dan menyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan pantas berbanding
secara manual.
–>1642
- Blaise Pascal, satu ahli matematik Perancis dan ahli falsafah, mencipta
kalkulator mekanikal digital , dipanggil Pascaline. Tujuan beliau cipta untuk
membantu ayahnya, seorang pegawai percukaian di perancis. Walaupun mesin ini
boleh melakukan tambahan dan penolakan di semua nombor, ianya mahal dan cuma
beliau saja je boleh baiki.
–>1694
- Gottfriedd Leibnitz telah mecipta kalkulator yang lebih berkesan dari
Pascaline…Walaupun pengiraaan yang dihasilkan oleh mesin nie tepat tapi
terdapat masalah dan amat sukar bagi menghasilkan mesin ni
–>1812
- Charles P. Babbage, “Father Of Computer“… Ia adalah titik perubahan di
dalam sejarah komputer… Beliau telah merekabentuk sebuah mesin, enjin beza [Different
Engine] yang berkuasa wap, berfungsi outomatik dan diperintah oleh satu
program arahan tetap. Dalam 1833, Babbage berhenti mengusahakan mesin ini untuk
menumpukan pada enjin analisis [Analytical Engine].
–>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal [Analytical Engine].
–>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal [Analytical Engine].
–>1840
- Augusta Ada. “The First Programmer” mencadangkan bahawa satu sistem perduaan
mestilah digunakan untuk tempat penyimpanan kurang daripada satu perpuluhan
sistem…
–>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar komputer.
–>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar komputer.
–>1890
- Dr. Herman Hollerith memperkenalkan elektromekanik [Tabulating Machine]
dengan menggunakan kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard , kad tebuk
memproses data mesin ini digunakan untuk membanci bagi mengumpul maklumat untuk
1890 U.S. Penjadual Hollerith’s telah berjaya dan beliau telah memulakan
perniagaan sendiri dan memasarkannya. Pada tahun 1911 Hollerith’s Tabulating
Machine Company telah bergabung dgn dua lagi syarikat dan pada 1924 mereka
telah menukarkan nama syarikat kepada International Business Machines
Corporation [IBM] yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa kini.
–>1906
- tiub vakum direka oleh Ahli fizik Amerika Lee De Hutan.
–>1939
- Dr. John V Atanasoff dan penolongnya Clifford Berry telah mencipta komputer
digit elektronik pertama.
–>1941
- Konrad Zuse dari Jerman, telah memperkenalkan komputer aturcara pertama
direka bagi menyelesaikan persamaan kejuruteraan yang kompleks…Mesin ini,
dipanggil Z3, adalah yang pertama sebagai ganti sistem penduan kepda sistem
perpuluhan..
Lepas
tu, sejarah komputer dibahagikan kepada 4 generasi
Generasi
Pertama [ 1942 - 1959 ]
Generasi
Kedua [ 1959 - 1964 ]
Generasi
Ketiga [ 1964 - 1970 ]
Generasi
Keempat [ 1971 -1999 ]
Sejarah perkembangan
komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun
1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :
Generasi Pertama
(1940-1959)
Generasi Kedua
(1959-1964)
Generasi Ketiga
(1964-1980)
Generasi Keempat (1980
- Sekarang)
Generasi Kelima (Masa
Depan) \
www.familiazam.com
www.familiazam.com
GENERASI PERTAMA
Komputer awalan 40-an
dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan
diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat
yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan
sebagai Kerangka Utama (Mainframe).
Ia menggunakan
tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum
berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar.
Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer
adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan
elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di
kawasan sekeliling.
Tiub Vakum ENIAC
Dalam tahun 1946,
komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And
Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia
mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130
Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan
melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi
komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar
komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli
sains dan jurutera terlatih sahaja.
Penyimpanan ingatan di
dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored
Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan
nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.
EDSAC (Electronic Delay
Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam
tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi
namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia
adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.
Dr. John Mauchly dan
Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic
Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan
mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan
konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga
ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses
data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang
sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan
dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.
GENERASI KEDUA
Dalam generasi ini,
komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub
vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar
berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan
menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh
litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga
bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.
Bahasa peringkat tinggi
iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam
bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah.
Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula
meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer
mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer
untuk melatih kakitangan mahir.
Famili kedua terbesar
dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih
murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi
penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini
yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM
(International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.
GENERASI KETIGA
IBM memulakan evolusi
generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia
mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam
pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli
industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri
baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga
mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia
juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini,
kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.
Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.
Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.
Mikrokomputer, jenis
terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya
yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia
mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal
seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam
pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan
muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.
Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.
Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.
GENERASI KEEMPAT
Kita dikatakan sedang
berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat.
Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan
ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu
transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala
Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).
Pemprosesan menjadi
amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi
kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang
kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa
pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak
digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem
kawalan pengkalan data yang amat besar.
www.familiazam.com
Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.
www.familiazam.com
Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.
Mikrokomputer juga
telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem
dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan
bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah
menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja
seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa
(International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi
dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa
hanya dari komputer di rumah !.
Perisian-perisian
bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian
bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu
masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian
yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.
GENERASI KELIMA
Evolusi generasi kelima
masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu,
projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek
bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh
Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali
ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan
mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang
lebih dari manusia.
Jabatan ketenteraan
Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan,
projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya
penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam
kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga
akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya
mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.
Bahasa pengaturcaraan
menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal
contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan
buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga
dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video
conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka
akan wujud di segenap negara.
Mengikut
wikipedia, komputer pertama
dicipta adalah pada pertengahan kurun ke - 20 ( sekitar tahun 1940 - 1945).
Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.
Komputer
pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat
mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer
adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data.
ENIAC (Electronic
Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama
di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J.
Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of
Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of
Electrical Engineering, University of Pennsylvania.
Tujuan
utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera
Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.
Sinopsis
ENIAC :
Tahun
dicipta: 1946
Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat
Kuasa
Elektrik Digunakan : 170 000 watts
Berat
: 28 tan
Saiz
: 80 inci lebar x 8 inci tinggi
Komponen
:17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000
kapasitor and around 5 juta pateri.
Nilai
: Di anggarkan bernilai USD 480 000
Tujuan
penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil
kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya.
Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.
Nota
: Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang
besar dan mempunyai keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini
menghasilkan evolusi komputer yang sempurna.
Komputer adalah sebuah
mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data,
melakukan operasi aritmetik ( pengiraan ) dan logic( membuat keputusan ) ke
atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses
data secara automatik ( tanpa pertolongan manusia ) di bawah arahan program
yang tersimpan dalam unit storan utama. Program ( atau aturcara ) mengandungi jujukan
arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan
menggunakan unit-unit yang ada padanya.......
1940
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
1940
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses
beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan
teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh
memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
Contoh :
a. ABC - komputer
digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu
oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan
oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan
era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan
UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
e.IBM 650 ( 1959 )
Generasi Kedua ( 1959 -
1964 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2. Keserasian terhad.
Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada
komputer lain.
3. Menggunakan hanya
pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa
aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan,
murah tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan
peringkat tingi seperti FORTRAN dan COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta
John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM
7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.
Generasi Ketiga ( 1964
- 1970 )
Ciri-ciri :
- Menggunakan
teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor
yang diletakkan pada kepingan silikon.
- Atur cara lebih serasi.
- Bermulanya
konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah
baru perkongsian masa.
- Bermulanya
pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
- Lebih kuat, utuh dan padat.
- Bahasa
pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a.
IBM 360 ( 1964 )
b.
Bermulanya era minikomputer - PDP-8 (
1965 )
c.
ICL 1900 ( International Computer
Limited ) dan VAC 9000
Generasi Keempat ( 1971 -1999 )
Ciri-ciri :
- Penggunaan
litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan
Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun LSI ).
- Penggunaan
mikropemprosesan pada satu serpihan.
- Dengan
pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan
mesin boleh dilaksanakan.
- Pengenalan
kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM ) ). - Ingatan
utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
- IBM
370 ( 1970 )
- PDP-11
( 1970 )
- bermulanya
era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975.
Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II (
1977 ), Commodore PET.
- VisiCalc
( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan
Brickland.
- Super
komputer yang popular ialah CRAY I.
Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini )
Ciri-ciri :
- Lebih
canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada
dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti
manusia.
- Memiliki
kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
- Melaksanakan
tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas
diselesaikan serentak.
- Lebih
cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat
kesimpulan.
Contoh :
- Pentium
III
- Pentium
III Xeon
- Pentium
IV
0 komentar:
Posting Komentar